Apr 07, 2021
10 keadaan, anda mungkin akan dapat surat dari LHDN
.
1. Beli rumah dan kereta dengan payslip palsu.
2. Kekayaan yang ditayang tidak “matching” dengan declaration dalam portal cukai
3. Tidak pernah hantar borang cukai tetapi ada daftar bisnes di SSM
4. Tidak declare cukai walaupun dapat Form CP58 (Shaklee, MaryKay, Insurans, Coway, Cuckoo dan seangkatan dengannya)
5. Majikan daftarkan nombor fail cukai, tapi anda tak submit borang cukai
6. Angka dalam borang cukai meragukan kerana salah rekod. Sekali tengok dah tahu di mana silapnya
7. Angka dalam borang cukai tidak sama dengan angka di laporan cukai pelanggan.
8. Bisnes ada 10, hanya declare 5 sahaja
9. Bekerja dan berniaga, tapi hanya declare pendapatan bekerja sahaja
10. Ada orang report ????
.
Akaun & Cukai bukan lagi ilmu kayangan tapi ilmu sejagat. Jika ada buat bisnes jer, wajib ambil tahu, barulah kita rasa lebih mudah dan boleh “mempergunakan” ilmu ini untuk kebaikan kita sendiri.
.
Credit : Kelantan