#tabungrumah

#tabungrumah

Apr 07, 2021

#TabungRumah

PANDUAN CIPTA DEPOSIT RUMAH

1. Bagi menghasilkan simpanan RM15 000 untuk deposit rumah berharga RM100 000 bukanlah mudah. Jika nak beli rumah RM200,000 dan RM300,000 gandakan sahaja

2. Ciptakan matlamat kewangan 3 tahun dari sekarang.

3. Pecahkan jumlah tersebut kepada 3 tahun. Setahun mesti ada RM5000 simpanan.

4. Setiap bulan kita mesti ada simpanan RM 417 sahaja

5. Setiap minggu simpanan kita sekurangnya RM107 sahaja.

6. Setiap hari kita harus menyimpan atau berjimat RM14 sahaja.

7. Jika telah berkahwin, kongsikan dengan pasangan kita. Suami kacak RM10, isteri jelita RM4. Kan bahagia.

8. Pecahkan matlamat kewangan kita jadi kecil kecil agar mudah dilaksanakan.

9. Berusahalah, kita bukan Dato' alif yang kaya raya itu. Kita rakyat biasa yang kacak bergaya.

Gegadis bahagia ada lelaki wawasan cenggini, lemak mereka bergetar berkali kali.

Azizul Azli Ahmad

#BeliDariPasaranSubsaleLebihMurah.
#BelianUnderCondMahalHariIni.


Follow Us

Our Album