Feb 28, 2021
Kenapa ramai pekerja bagus berhenti?
Pekerja berhenti bukan meninggalkan syarikat, tapi meninggalkan boss yang teruk.
Kajian dari Gallup ke atas 1 juta pekerja di US menunjukkan, faktor utama pekerja berhenti adalah disebabkan boss atau supervisor yang teruk.
Ada 4 jenis boss yang membuatkan pekerja tak sabar-sabar nak berhenti.
1. Boneka
Boss jenis boneka ni tahu nak selamatkan diri dia je. Dia hanya mengikut arahan. Sami’na wa ato’na. Tak pernah berjuang untuk team sendiri atau mempersoalkan polisi syarikat.
Boss jenis macam ni adalah boneka dan langsung tak menunjukkan kesetiaan kepada team.
Boss yang tiada integriti akan membuatkan pekerja hilang kesungguhan terhadap pekerjaan.
2. King Kong
Ada boss yang bila dah naik jawatan tinggi je, terus lupa asal usul mereka.
Jenis boss macam ni ada ‘superiority complex’, fikir dia je bagus, dan bersungguh-sungguh nak ada pengasingan antara management dan staf.
Memang satu penderitaan bila terpaksa kerja dengan boss yang lebih nak menonjolkan diri daripada menjaga hubungan dengan pasukan.
Pemimpin yang hebat takkan maki atau hina team sampai mereka rasa hilang harga diri.
Pemimpin yang hebat akan melayan semua ahli pasukan dengan hormat. Mereka akan membuatkan semua orang di sekeliling mereka rasa sangat penting.
“Layani semua orang dengan rasa hormat, bukan sekadar mereka yang anda nak bodek” – Richard Branson
3. Superman
Boss jenis superman ni ingat dialah orang paling penting dalam syarikat. Ada yang ingat diorang tokey or shareholder dalam syarikat.
Antara perangai boss superman ni adalah buat keputusan sorang-sorang, abaikan maklumbalas (feedback) dari orang yang dia tak suka, dan suka menagih pujian berlebih-lebihan.
Ego yang besar adalah jalan kepada kehancuran. Mengaku sahaja apa yang anda tak tahu.
Bila kita tunjukkan sikap merendah diri, hubungan dengan team akan menjadi lebih kuat.
4. Micromanager
Boss jenis micromanager ni jenis yang mementingkan ‘bottomline’ atau keuntungan semata-mata. Pekerja memang takkan gembira jika dapat boss yang asyik nak menekan dan tibai orang.
Bila kita terlampau micromanage, team akan rasa lemas, lemah semangat dan kesannya boleh membunuh idea kreatif.
Tugas seorang pengurus sebenarnya adalah untuk memberi motivasi dan bimbingan, bukannya mengawas setiap gerak geri staf pada setiap masa.
Boss jenis macam ni terlalu mementingkan keuntungan dan menambah sumber jualan, sampai mereka terlupa melayan manusia lain dengan hormat.
…
Boss, layanilah team anda dengan penuh rasa perikemanusiaan. Anda sedang berhadapan dengan manusia, bukannya statistik di atas graf.
Kenali pasukan anda, turun padang dan dekati mereka, dan jadilah lebih fleksibel. Pekerja rindu untuk dilayan seperti manusia biasa.
Pokok pangkalnya, pekerjalah yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Sebarang strategi atau pelan bisnes sangat bergantung kepada pekerja yang komited dan bermotivasi untuk menjayakannya.
Kesetiaan perlukan pengorbanan dari kedua-dua pihak, seperti mana hubungan kekeluargaan yang harus dipenuhi dengan rasa hormat, kasih-mengasihi, saling mempercayai dan memahami, dan menghargai satu sama lain.
Tanpa semua ini, anda sedang membina empayar rekaan tanpa asas yang kukuh.
Inilah sebabnya mengapa syarikat yang hebat focus kepada pembangunan team dan membina hubungan sesama ahli pasukan.
Anda nak pekerja yang setia? Layani mereka dengan baik!
Penulis asal: Brigette Hyacinth
Alih bahasa: Tuan Rahim Ibrahim
----------------------------------------------------------------------
Kalau bermanfaat, minta anda share dan like page kami.
.
Terima kasih