Feb 28, 2021
Tips Beli Rumah
Kita bukan hanya beli kediaman, kita beli kawasannya sekali.
Rumah ini dah hampir 4 tahun siap tetapi masih banyak unit yang tidak terjual.
Dari harga RM400k lebih, selepas turun masih belum juga terjual.
Jiran persekitaran kediaman ini, membeli rumah dulu kala pada harga sekitar RM35k ke RM45k sahaja.
Kawasan persekitaran adalah kawasan kos rendah.
Bila pembeli membeli kediaman mahal, mereka ingin persekitaran dan mentality yang mahal juga bersama mereka.
Pola ini berlaku dimana mana kawasan perumahan.
Bila ada duit lebih, jangan besarkan rumah. Beli rumah baru dikawasan baru.
Belajar sesuatu?
Credit to : Azizul Azli Ahmad
#BelilahSebuahRumah
#PilihHartanahYangBaik