Tips Hartanah Untuk Newbiesss

Tips Hartanah Untuk Newbiesss

Mar 08, 2021

TIPS HARTANAH UNTUK NEWBIESSS

Tip #1 : Beli masa orang lain tengah rancak menjual
Bagi seorang pelabur yang awesome, situasi ni dianggap sebagai peluang terbaik untuk beli rumah.
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu serta pasaran hartanah yang lembap, ramai yang jual rumah untuk kurangkan kerugian.
Masa ni la peluang terbaik untuk anda beli rumah daripada golongan ini.

Sebab tu, dalam dunia pelaburan hartanah, hard cash adalah salah satu perkara penting yang pelabur kena jaga. Masa orang sibuk nak jual, kita pulak sibuk nak membeli.

Lagipun, golongan ni adalah lubuk untuk dapatkan rumah below market value. Sebab mereka tengah terdesak nak jual. Gunakan peluang ini sebaiknya.

Tip #2 : Jual masa orang tengah sibuk membeli
Simple economics, bak kata orang. Sentiasa sediakan bekalan (supply) kalau ada permintaan (demand).
Kalau anda jaga benda ni, anda pasti senang nak berjaya dan buat banyak untung dalam pelaburan ini.

Bila ada banyak prospek yang bersaing untuk membeli, senang-senang je anda boleh dapatkan pembeli yang akan bersetuju dengan harga jualan yang anda tetapkan.

Tip #3 : Pelan jangka masa panjang, atau pendek?
Satu kesilapan yang pelabur baru buat adalah gagal untuk merancang pelan jangka masa panjang dalam pelaburan ini.
Sebab teruja sangat nak kaut untung cepat, ramai yang pilih untuk gunakan strategi flipping.

Tak dinafikan yang banyak je hartanah boleh dapat capital appreciation dengan cepat, kalau rumah tu berada dalam kawasan hot atau maju.

Cuma, strategi tu tak sesuai anda gunakan kat kawasan yang belum capai tahap matang, tapi punya potensi yang sangat besar.
Elok jugak kerajaan buat RPGT. Ini supaya pemilik hartanah simpan hartanah untuk satu tempoh (maksimum 5 tahun) sebelum menjual.

Tip #4 : ‘2’ lebih baik daripada ‘1’?
Pelabur hartanah yang bijak tau perkara ini. Untuk kurangkan risiko, mereka akan pelbagaikan portfolio hartanah.
Maksudnya?

Tidak bermaksud anda kena tumpukan 100% perhatian untuk melabur dalam satu kategori hartanah je.

Katakan, mungkin sekarang anda sedang melabur dalam kategori hartanah low cost.

Mungkin pada masa depan, anda boleh merancang untuk melabur dalam kategori medium cost atau komersial pulak.

Tip #5 : Mantra ‘lokasi, lokasi, lokasi,’ masih relevan lagi?
Pasti anda selalu dengar nasihat rata-rata pakar hartanah. Lokasi adalah salah satu elemen penting dalam pelaburan ini.

Tak nafi, yang lokasi memang salah satu faktor utama yang perlu kita pertimbangkan (kalau beli rumah untuk tujuan pelaburan).
Tapi, ada lagi yang lebih penting. Anda tau tak apa?
“Siapa yang nak sewa rumah tu?”

Atau dalam bahasa mat salehnya, tenantabiity.
Tenantability ni, adalah kebolehan sesebuah hartanah untuk dapatkan dan mengekalkan penyewa.

Tak guna kalau anda beli hartanah mahal-mahal, tapi takde seorang pun yang berminat (atau mampu) nak menyewa.

Kalau takde penyewa, takde la cash flow (aliran tunai).
Kita nak orang bayarkan ansuran bulanan rumah tu untuk kita, bukan pakai duit poket sendiri.

Tip #6 : Sebelum beli, tanya dulu
Ini lagi satu perkara yang penting.
Sebelum anda buat keputusan membeli, buat berbincang dulu dengan perunding hartanah yang sah dan berdaftar.

Golongan ni tau selok-belok tentang hartanah kat kawasan yang mereka jual tu. Jadi kalau anda nak tau lebih lanjut, ringankan mulut bertanya.

Jangan dah beli, baru terhegeh-hegah nak tanya. Yang ni, memang saja cari pasal.

Tip #7 : Terus-menerus belajar dan mengkaji pasaran
Ini adalah nasihat no brainer. Senang semua orang nak hadam dan faham.

Teruskan belajar dan mengkaji kawasan mana yang sesuai untuk laburkan duit anda tu,

Salah satu yang best untuk anda buat adalah menambah rangkaian kenalan antara pelabur. Dengan networking yang bagus, banyak yang anda boleh belajar.

Sambil tu, tambah la bahan bacaan dan hadamkan banyak-banyak ilmu pelaburan hartanah yang ada.

Sumber : GH
_______________________________________________________________________

Telegram Channel ???????? https://t.me/pphartanahkelantan
Youtube Channel ????????https://www.youtube.com/channel/UCpjRR8lZm2zKSFwDG8MgluQ
Jemput Like Page : https://web.facebook.com/pphartanahkelantan
_______________________________________________________________________

#RENKelantan
#JazKelantan
#rumahmampumilik


Follow Us

Our Album